Friday, November 23, 2012

#enam

"I was in you sights, you got me alone. You found me."
entah kenapa dan mengapa aku yang dipilih untuk didekati. aku tak pernah meminta jauh sekali mengharap.
"And when I fell hard, you took a step back without me."
dan bila kau dah berjaya menawan hati aku. kau dah berjaya membuat aku tertarik. kau dah berjaya buat aku menganggap 'aku kau punya kau aku punya'. tiba-tiba dengan sekelip mata kau.. perangai kau berubah. kau bukan insan yang aku kenal dulu. yang aku kenal mula-mula dulu. perangai kau bermusim-musim, ada turun naiknya. kau main dengan perasaan aku.
"I knew you were trouble when you walked in. Shame on me now."
aku tahu aku tak sepatutnya terlalu berharap masa kau mula-mula datang dulu. aku tau aku tak sepatutnya membiarkan perasaan aku melebihi batasan. aku tahu semua itu. tapi aku, aku yang bodoh. aku yang membiarkan perasaan tu berkembang. aku yang membiarkan perasaan aku dikawal seratus peratus oleh permainan kau. jadi sekarang? salah aku la kan? aku dah tau tapi aku tak mengelak.
"Flew me to places I'd never been, til you put me down."
kau buat aku rasa perasaan yang dah lama aku tak rasa. perasaan yg sekian lama berkubur jauh di sudut hati aku. aku ingat selamanya. rupanya hanya sementara.
"No apologies, he'll never see you cry."
bila salah, kau tak pernah minta maaf dengan rasa bersalah. minta maaf kau penuh dengan bongkak dan ego. bagi kau, 'eh kira cukup bagus dah aku SEBUT perkataan maaf ni.' kan? dan bila aku memerlukan kau untuk meluahkan kesedihan hati aku, kau... kau layan tak layan, acuh tak acuh, gelak kan aku. aku rindu kau yang dulu. kau yang cuba mengutip kembali sisa-sisa diri aku yang hilang, kau kumpulkan kembali dengan nasihat-nasihat kau yang sangat berguna. kau selalu buat aku terfikir panjang. tapi itu semua dulu.
"Pretend he doesn't know that he's the reason why you're drowning."
semua yang aku cakapkan, semua yang aku luahkan di facebook dan twitter, di status whatsapp, semuanya tentang kau. aku rasa kau tahu, dan kau pura-pura tak tahu. bodohla aku cakap kalau kau tak tahu. cuma aku masih tak dapat jawapan kenapa kau buat aku macam ni.
"And the saddest fear comes creeping in, that you never loved me, or her, or anyone, or anything."
aku tak tahu perasaan kau. aku tak tahu. kau sangatla susah dijangka. kau bukan orang yang straight to the point. kau sangat bengkang bengkok. kau banyak putar belitnya. sampai aku dah tak tahu yang mana betul dan yang mana palsu. yang aku tahu, perasaan kau bukan dekat dia, mungkin bukan jugak dekat aku. kalau perasaan kau dekat aku, kau tak akan buat aku macam ni. kan?
"And i realize the blame is on me."
ya. sememangnya salah aku. aku yang terlalu bodoh dan naif. aku yang terus memberi ruang dan peluang untuk kau kembali. aku yang masih terlalu dungu menanti kau kembali. aku yang masih terlalu mengharap kau akan berubah seperti yang aku kenal dulu. aku yang terlalu baik kerana masih melayan walaupun diperlakukan sebegini rupa.

#i knew you were trouble-taylor swift

No comments:

Post a Comment